Wednesday, February 17, 2010

Kiraan Angkatan (Batch)

Merujuk kepada pertanyaan daripada salah seorang Alumni yang sudah mendaftar, beliau keliru dengan penentuan angkatan (batch) bagi dirinya.

Situasinya begini. Beliau mendaftar masuk ke dalam MRSM Pendang sebagai pelajar tingkatan 4 pada tahun 2007 bersama dengan beberapa pelajar lain. Setelah mendaftar, mereka ini akan dicampurkan dengan sebilangan lagi pelajar tingkatan 4 yang sudah mendaftar di MRSM Pendang pada tiga tahun lepas (2004) sebagai pelajar tingkatan 1 dulu.

Maka, kemusykilan tercetus dalam otak pemikirannya, iaitu samada beliau dikategorikan antara batch ke-empat atau batch ke-tujuh?! Sebabnya, beliau merasakan bahawa dalam satu-satu kelas tingkatan 4 akan wujud dua angkatan (batch) iaitu batch ke-empat dan batch ke-tujuh.

Sememangnya, sangkaan itu adalah benar. Dan kiraan dan congakan terhahap angkatan keberapa adalah amat mudah. Ianya berdasarkan tahun kemasukan dan pendaftaran ke MRSM.

Dalam contoh situasi di atas, dalam kelas tingkatan 4 tersebut, pelajar tingkatan 4 yang baru mendaftar masuk MRSM sebagai tingkatan 4 adalah merupakan ahli batch ke-tujuh kerana mereka mendaftar pada tahun 2007. Manakala, para pelajar tingkatan 4 yang sudah lama mendaftar (sejak tingkatan1 ketika dahulu), mereka ini pula diletakkan dalam batch ke-empat kerana mereka mendaftar pada tahun 2004.

Cuma akan wujud situasi senior-junior dalam satu-satu kelas itu. Itu tidak menjadi masalah, dan bagi pihak Alumni, situasi itu tidak ada kena mengena dengan kami. Moderator cuma mahu mengesan angkatan mana setiap ahli Alumni mendaftar masuk ke MRSM ketika dahulu.

Semoga penjelasan ini dapat merungkai segala kekusutan dan kecelaruan dalam menetapkan angkatan keberapa bagi diri anda semua.

Terima kasih.

7 comments:

Kamaliah Fauzi said...

saya batch ke-4!!! hehe.. :D

ALUMNI MRSM PENDANG said...

owh yeke...???
batch ke-4 dari form4 or form1?

Unknown said...

kpada moderator...
org yg perlu mendaftar sbg alumni
adalah org2 yg menamatkn pelajaran and grad f5 je kn??
sper2 yg grad msa f3 then pindah ke bitara perlu gk ke daftar??

ALUMNI MRSM PENDANG said...

saudara hanif,

terima kasih kerana mengajukan soalan yg saya kira cukup bagus, disebabkan pada zaman saya dulu tak terfikir keadaan ini.

walaubagaimanapun, saya perlu menjawabnya.

saya kira setakat ini, keahlian alumni mrsm pendang hanya layak utk bekas pelajar mrsm pendang yang sudah menamatkan pengajian di mrsm. dengan kata lain, tamat tingkatan 5 dan mendapat keputusan spm.

bagi sesiapa yg belum tamatkan pengajian di mrsm dan sudah mendaftar dalam database ini, saya akan teliti semula dan menghubunginya. namun, saya akan simpan maklumatnya kerana dalam beberapa tahun lagi baru keahliannya diterima.

dalam beberapa minggu lagi saya akan cuba mengemaskini database saya dengan teliti dan jadikan database terbitan utk asingkan pelajar yg tamat tingkatan 3 di mrsm pendang.

tapi jika orang tersebut sudah tamat tingkatan 3 di pendang dan tamat tingkatan 5 di bitara, saya alu2kan keahlian anda di alumni mrsm pendang.

harap semua memahami maksud saya.

terima kasih.

HarFiEz said...

salam..
saya ingin mencadangkan calon untuk wakil angkatan ke-4..
disebabkan saya angkatan ke-4,
saya ingin cadangkan Saudara Sharil bin Saridan ( Ex Presiden BWP 07/08).

Saya mencadangkan beliau kerana penyelaras SPM 2008 (Cikgu Jailani), telah melantik beliau untuk menjadi wakil Alumni bagi angkatan ke-4.

Harap saudara dapat mempertimbangkan. Saya juga tak pasti samada saudara shazril ini telah mendaftar menjadi ahli atau belum.
terima kasih.

ALUMNI MRSM PENDANG said...

Bagus cadangan anda....
Sememangnya saya mahu melantik bekas presiden bwp utk dijadikan wakil angkatan tetapi tidak semua termasuk tuan punya nama berkenan...
Tapi melalui cerita anda, saya yakin dan pasti beliau boleh dilantik...
Sebentar nnt, saya cuba periksa nama beliau ataupun anda sendiri tolong saya hubungi beliau utk ajak beliau daftar dan maklumkan hal ini...
terima kasih...

HarFiEz said...

insyaAllah.
sy cuba hubungi saudara shazril..