Tuesday, February 23, 2010

Teruskan Mendaftar

Setakat ini, jumlah keseluruhan keahlian Alumni yang moderator terima hanya 230 orang (10 pagi, 23 Februari 2010). Moderator fikir jumlah ini belum cukup berbanding jumlah sebenar bekas pelajar MRSM Pendang.

Kebanyakan yang mendaftar rata-ratanya masih menuntut di IPTA/IPTS. Tidak ramai bekas pelajar batch pertama, kedua dan ketiga yang mendaftar lagi. Tidak keterlaluan jika moderator katakan, sebenarnya moderator sendiri mensasarkan angkatan yang 'tua' ini dalam keahlian Alumni, namun sambutan daripada mereka amat sedikit. Apa-apa pun moderator mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa yang sudah mendaftar, termasuk angkatan yang 'muda' kerana memberi komitmen yang jitu.

Maka, dengan ini, sekali lagi moderator mengharap agar lebih ramai lagi bekas pelajar MRSM Pendang yang mendaftar dalam Sistem Maklumat Alumni (SMA) yang diwujudkan di bahagian bawah laman ini. Kepada rakan-rakan yang sudah mendaftar, sarankan kepada rakan-rakan lain yang belum negikut jejak langkah anda untuk mendaftar di sini. Moderator yakin ramai yang mengetahui hal ini dengan membaca group dalam Facebook, tetapi ambil mudah perkara ini dengan tidak mendaftar langsung.

Moderator amat mengharap sekali lagi. Database yang dikumpulkan ini akan moderator bawakan ke pihak pentadbiran MRSM Pendang untuk tindakan lanjut, dan kebetulan Pengetua MRSM Pendang sekarang juga bergantung kepada database ini untuk menjemput anda semua ke Majlis Sambutan Tahun Ke-10 MRSM Pendang pada Oktober nanti. Memang banyak masa lagi, tetapi jangan lengahkannya. Moderator sedang menyusun masa untuk mengadakan lawatan ke MRSM Pendang dalam sebulan dua ini, bukan dengan tangan kosong, tetapi dengan kertas kerja Majlis Sambutan Ulangtahun Ke-10 MRSM Pendang pada 2011 dan kertas kerja penubuhan organisasi Alumni MRSM Pendang (sebelum kita dapat mewujudkan sendiri ANSARA Pendang) serta membawa salinan database keahlian Alumni, dan semua dokumen ini akan ditunjukkan kepada Pengetua untuk tindakan lanjut.

Oleh yang demikian, semua perkara ini memerlukan komitmen dan sokongan dari anda semua. Amat mudah, anda hanya perlu mendaftar di SMA sahaja. Moderator yang akan meneruskan tindakan selanjutnya. Segala kerjasama dan bantuan dari anda semua amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

3 comments:

Abu said...

suh anna rafali join

hujanlebat said...

ha'ah.mst gempak kalo dia join..gagaga..

i'm the first batch baru sudae reg

ALUMNI MRSM PENDANG said...

hahaha....
untuk pengetahuan semua, Ana Raffali sudah mendaftar dan menjadi orang ke-73 mendaftar daripada 270 sekarang...
maknanya beliau pun minat dan alert dgn hal ini..
saya selaku moderator menghubungi beliau kerana saya sama batch dgn belaiu...maklum lah beliau kan timbalan presiden BWP dulu (yg pertama)...