Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul 1431H

Di kesempatan cuti pada hari ini, moderator ingin mengucapkan salam Maulidur Rasul 1431H kepada semua pembaca laman blog ini terutama ahli Alumni MRSM Pendang dan juga guru-guru MRSM Pendang.

Marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, tidak kira sebelum atau selepas solat, mahupun kita mempunyai masa lapang dan juga ketika kita sebagai umat akhir zaman mengingat baginda dalam kehidupan kita. Di samping itu, dengan cara mengamalkan sunnah Rasulullah SAW, insyaAllah kita juga akan memperolehi syafaat dan pahala yang tak terhingga.

Sebelum ini, moderator mahu mengambil kesempatan cuti ini untuk ke Pendang dari Bangi, namun masa dan hal-hal lain menghalang niat moderator. Moderator terpaksa melakukan perkara mustahak pada hujung minggu ini dan mengendalikan serta menghadiri beberapa majlis yang sinonim dengan moderator. Oleh yang demikian, moderator berkemungkinan akan ke Pendang pada bulan hadapan untuk berjumpa dengan Pengetua dan beberapa guru yang lain dalam usaha menyampaikan hasrat kita dalam kumpulan Alumni ini. Maka, teruskan menyokong dan mendaftar dalam SMA yang disedikan di bahagian bawah laman ini.

Terima kasih.

2 comments:

SyahmiFikri said...

let me know da true date for dat celeb.. dah pening.. ada yg cakap 23.4.11

ALUMNI MRSM PENDANG said...

hohohoho...
mungkin ramai yg salah faham dlm perkara ni...
saya akan terangkan satu persatu ye...

1: perkara untuk menyambut dan melakukan sambutan pada tahun depan adalah masih dalam perancangan, belum ditetapkan lagi...

2: 23 april tu adalah tarikh pelajar tingkatan satu angkatan pertama mendaftar di pendang manakala 16 april adalah tarikh pelajar tingkatan empat angkatan pertama mendaftar di pendang. maka mrsm pendang dibuka pada 16 april 2001. saya sendiri menjadi urusetia dari kalangan pelajar yg menyambut keluarga pelajar tingkatan satu yg mahu mendaftar.

Maka kesimpulannya di sini, saya dan beberapa lagi orang Alumni seangkatan dengan saya (angkatan pertama dalam tingkatan 4 2001) akan berusaha untuk mengadakan sambutan ulangtahun mrsm pendang ke-10 pada 16 april 2011.

Apa2 pun anda semua tidak perlu risau dan pening2 ya. Saya sendiri akan cuba bawa berbincang hal ini dengan mengumpulkan seberapa ramai Alumni dari semua angkatan. buat masa ini, kita tumpu pada program Pengetua iaitu sambutan tahun ke-10 mrsm pendang.