Tuesday, February 16, 2010

Jangan Keliru Dengan Sambutan

Moderator telah dimaklumkan (dengan nada nasihat) ketika diberitahu tentang Sambutan Tahun Ke-10 MRSM Pendang oleh Timbalan Pengetua (Ko-kurikulum), Cikgu Ibrahim bahawa jangan terkeliru dengan nama sambutan tersebut.

Untuk pengetahuan semua bekas pelajar, MRSM Pendang secara rasmi telah dibuka serentak dengan pendaftaran kumpulan pertama Tingkatan 4 pada 16 April 2001. Maka, tarikh tersebut telah dijadikan 'tarikh lahir' MRSM Pendang.

Idea sambutan Tahun ke-10 MRSM Pendang seperti yang telah diuar-uarkan dalam entri sebelum ini, telah digagaskan oleh Pengetua sekarang merupakan hari untuk menyambut tahun yang kesepuluh sejak tahun 2001. Pihak pentadbiran MRSM Pendang telah memilih tarikh keramat iaitu 10.10.10 untuk meraikannya.

Moderator akan sedaya upaya berbincang dengan pihak pentadbiran MRSM Pendang sekarang untuk mengadakan satu lagi 'perayaan' iaitu Sambutan Ulangtahun ke-10 MRSM Pendang pada tarikh lahir MRSM Pendang iaitu 16 April 2011 (16.04.11). Tarikh sedemikian menunjukkan genap MRSM Pendang berusia 10 tahun.

Maka dengan itu, diminta semua bekas pelajar MRSM Pendang jangan keliru dengan dua sambutan ini, kerana namanya juga seakan-akan sama. Sambutan pada tahun ini telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran manakala sambutan pada tahun depan hanya dalam cadangan tetapi pasti kedua-dua pihak (pentadbiran dan alumni) bersetuju untuk mengadakan majlis yang sama tahun depan.

Sama-sama kita menyokong dan menjayakannya.

Terima kasih.

4 comments:

HarFiEz said...

salam..
ouh, kirenye smbutan bulan october ni la..
konfius gak sbb ade ckp bulan 4, ade ckp bulan 10..
ex students dijemput pergi x ke smbutan itu??

ALUMNI MRSM PENDANG said...

seperti yg moderator katakan sebelum ini, sambutan pada tahun ini (2010) akan diadakan pada bulan oktober sempenan TAHUN KE-10....manakala moderator dan beberapa rakan2 lagi akan berbincang dgn pentadbiran maktab untuk mengadakan lagi satu sambutan iaitu ULANGTAHUN 10 TAHUN dan sesuai diadakan pada tarikh lahir MRSM Pendang iaitu 16 April 2011...

ALUMNI MRSM PENDANG said...

sekali lagi ditegaskan di sini ttg entri ini....
ada dua sambutan yg ditulis dalam entri ini...jgn terkeliru ya...

PERTAMA:
SAMBUTAN TAHUN KE-10 MRSM PENDANG (10.10.10)
sambutan ini telah pasti akan dilakukan dan dicadangkan oleh Pengetua MRSM Pendang sekarang...

KEDUA:
ULANGTAHUN MRSM PENDANG Ke-10 (16.04.11)
sambutan ini masih dlm cadangan dan cadangan ini digagaskan oleh beberapa orang Alumni...mungkin akan dibawa ke meja perbincangan dengan pihak pentadbiran maktab sekarang...

Harap maklum.

HarFiEz said...

terima kasih atas penerangan..